Steven Spielberg Berjanji Tidak Akan Bunuh Indiana Jones!

250

Written by:

Harrison Ford sebenarnya agak sedikit berusia semasa beliau beraksi dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Dan kini pada usia 73 tahun, adalah semakin sukar untuk kita membayangkan secara realistik bagaimana beliau mampu beraksi seperti sebelum ini dalam francais filem kelima Indiana Jones kelak.

Walau bagaimanapun, pengarah dan pencipta bersama francais tersebut iaitu Steven Spielberg akan memastikan bahawa watak yang dipegang oleh Harrison Ford sejak Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark (1981) itu tidak akan dimatikan sepertimana nasib yang menimpa Han Solo dalam Star Wars: The Force Awakens lewat tahun lalu.

Menurut pengarah yang cukup terkenal menerusi filem E.T dan Jaws dalam satu temuramah bersama The Hollywood Reporter baru-baru ini:

“I think this one is straight down the pike for the fans. The one thing I will tell you is I’m not killing off Harrison [Ford] at the end of it.”

indiana-jones-nuke-the-fridge
Pengarah tersebut enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut tentang perkembangan filem tersebut. Maka, plot ceritanya masih menjadi tanda tanya dan misteri hingga kini. Kathleen Kennedy dan Frank Marshall akan menjadi penerbit untuk filem Indiana Jones 5 ini, manakala John Williams akan kembali memberikan sentuhan skor muzik bersama David Koepp selaku penulis skrip.

 Indiana Jones 5 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Julai, 2019.

Last modified: June 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *