MUKTAMAD: Filem The Dark Tower Akhirnya Berwajah!

379

Written by:

idris-elba-the-dark-tower

Ini berita rasmi yang baru kami terima: Setelah hampir bertahun dan setelah sekian lama menunggu, akhirnya novel epik The Dark Tower akhirnya akan difilemkan secara rasmi.

Menurut sumber yang telah pun disahkan, Idris Elba akan menjadi teraju utama sebagai Roland Deschain manakala Matthew McConaughey sebagai Man In Black. Malah penulis tersohor buku tersebut, Stephen King amat teruja dengan pembabitan Nikolaj Arcel (A Royal Affair) selaku pengarah.

matthew-mcconaughey-the-dark-tower

Filem adaptasi daripada novel maharkarya penulis thriller dan seram paling laris di dunia ini mengisahkan seorang adiwira dengan kehebatan bermain pistol yang luarbiasa bernama Roland untuk menjejaki Dark Tower: Sebuah menara agam yang dikatakan pusat kepada semua semesta dan alam. Novel bersiri ini telah masuk naskah kelapan dan mempunyai lebih kurang sebanyak 4,250 muka surat!

Penggambaran prinsipal filem ini akan bermula pada Julai 2016 dan akan berada di pawagam pada 12 Januari, 2017

Last modified: March 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *