Filem Hantu Biarawati dalam The Conjuring 2 Sedang Dipersiapkan!

802

Written by:

Filem The Conjuring 2 arahan James Wan yang berasal dari Malaysia merupakan contoh filem yang mampu meraih sukses box-office dan pujian pengkritik.

 

Spoiler-Alert

 

Malah penghasilan spin-off filem yang mengisahkan tentang sebuah boneka berhantu dengan judul Annabelle juga menuai kejayaan sekaligus sekuel untuk tahun hadapan. Sebagai informasi Annabelle 2 bakal diarahkan oleh David F. Sandberg (Lights Out, Attic Panic) dan bakal ditayangkan pada 19 Mei, 2017.

The Conjuring 2 yang baru ditayangkan di pawagam nampaknya telah mampu meraih kejayaan yang sama dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari ramai pihak. Menurut laporan The Hollywood Reporter, pihak New Line Cinema telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu lagi  spin-off berdasarkan watak hantu biarawati yang muncul dalam The Conjuring 2.

Dengan menggunakan khidmat penulis skrip David Leslie Johnson (Aquaman, Wrath of the Titans), pihak New Line Cinema akan menggunakan judul The Nun untuk filem tersebut dengan James Wan dan Peter Safran dikhabarkan akan menjadi penerbitnya. Uniknya, watak biarawati ini adalah watak yang diwujdukan semasa sesi penggambaran tambahan The Conjuring 2 bulan Mac lalu.

Menurut sumber, ini berlaku bagi menggantikan watak hantu bertanduk yang tidak mendapat kelulusan oleh pihak panel studio atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Review-Film-The-Conjuring-Enfield-Poltergeist

The Conjuring 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Last modified: June 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *