Lihat Pandang Pertama Samurai Jack Musim Baharu versi 2016!

275

Written by:

Samurai pengembara masa kesukaan ramai ini bakal kembali meneruskan kembaranya selepas 12 tahun menghilang.

Siri animasi Samurai Jack yang mula disiarkan pada bulan Ogos 2001 mengisahkan seorang samurai bernama Jack yang telah dicampak ke beribu-ribu tahun masa akan datang oleh Aku, penjahat utama dalam cerita tersebut. Siri ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dengan sejumah 52 episod dan memenangi banyak anugerah terasuk Anugerah Primetime Emmy untuk kategori program animasi pada tahun 2004.

Episod terakhir siri ini telah disiarkan pada bulan September 2004.

Namun pada tanggal 2 Disember, 2015; saluran Adult Swim telah melancarkan sebuah treler teaser yang mengumumkan siri terbaharu Samurai Jack yang kini dalam proses produksi akhir di Cartoon Network sebagai salah satu slot Toonami.

Malah, pencipta dan pengarah siri asal tersebut iaitu Genndy Tartakovsky (Hotel Transylvania, Star Wars: Clone Wars) juga akan kembali sebagai penerbit eksekutif.

Hari ini semasa berlangsungnya acara Annecy International Animated Film Festival 2016 di kota Annecy, Peranchis; para pengunjung telah didedahkan dengan beberapa imej-imej eksklusif siri animasi tersebut untuk tatapan umum. Butiran dan perkembangan lanjut akan kami dedahkan di sini dari masa ke semasa.

Lihat imej-imej eksklusif untuk musim baharu Samurai Jack di sini:

13411727_10153648422355222_9042381644921472971_o

qPlWiEe

Sa3TDHd

ClEbg4bWgAE_Bnm

 

Last modified: June 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *