Memperkenalkan Set Wangian Eksklusif Star Wars!

341

Written by:

Sejak hakmilik kesemua francais dan filem Star Wars diserahkan kepada Disney, ada peminat fanatik telah meluahkan kerisauan mereka.

Bukan hanya kerana mereka khuatir akan campur tangan dan gangguan yang tidak perlu daripada pemilik Mickey Mouse itu, malah pelbagai lagi perkara serta unsur lain yang mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan bagi mereka. Sejak pengumuman yang bakal menyaksikan satu filem Star Wars untuk setiap tahun, bermacam-macam entiti penjenamaan produk atas nama Star Wars telah muncul.

Yang terbaharu: Set minyak wangi eksklusif buatan Eropah

Pada tahun lalu, Covergirl telah melancarkan set solekan wanita yang menggunakan warna-warna yang dipengaruhi oleh francais tersebut. Dan untuk tahun ini pula, bukan sahaja peminat boleh kelihatan anggun seperti Jedi, Sith atau mana-mana watak Star Wars kegemaran mereka, malah boleh bau seperti mereka juga(?)

tumblr_nvvmdvgzJ41rd9vm2o1_1280

Lifestyle Perfumes menawarkan tiga variasi botol minyak wangi yang diinspirasi oleh rekaan lightsaber: Jedi, Empire dan Queen Amidala. Kesemua wangian ini telah diberikan profilnya tersendiri menerusi akaun Instagram di bawah ini:

The Force is with you – now! #starwars #perfumes #jedi #amidala #empire #lifestyleperfumes #theforceiswithyou #michalsky

A video posted by Lifestyle Perfumes (@lifestyleperfumes) on

Last modified: June 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *