Michael Fassbender Kembali sebagai David dalam Alien: Covenant!

269

Written by:

Twitter rasmi Alien Anthology sebentar tadi telah memaparkan sebuah imej belakang tabir untuk Alien: Covenant.

Pengarah dan pencipta francais filem tersebut, Ridley Scott (The Martian, Exodus: Gods and Kings) adalah fokus utama untuk entri foto tersebut manakala di belakang beliau adalah besar kemungkinan krew kapal angkasa Covenant yang menjadi dasar cerita ini.

Michael Fassbender akan kembali sebagai android bernama David yang mana kali terakhir dilihat dengan kepala dan badannya bercerai dalam penamat filem Prometheus. Akan tetapi, David tampak berbeza sekali di dalam foto ini berbanding dengan keadaannya dalam filem terbitan tahun 2012 itu.

David-Decapitated-Head-Michael-Fassbender-Prometheus

Mungkinkah ini model serba baharu? Atau model klonnya? Atau mungkin David yang sama, cuma dengan gaya rambut baharu? Sila lihat entri Twitter tersebut di bawah ini dan buat penilaian anda sendiri:

alien-convenant-bts-186112

Setakat ini, hanya butiran sinopsis yang berikut sahaja yang dapat kami kongsikan kepada anda:

“Bound for a remote planet on the far side of the galaxy, the crew of the colony ship Covenant discovers what they think is an uncharted paradise, but is actually a dark, dangerous world — whose sole inhabitant is the ‘synthetic’ David (Michael Fassbender), survivor of the doomed Prometheus expedition.”

Alien: Covenant lakonan Michael Fassbender, Katherine Waterston, Demien Bichir dan Danny McBride ini akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 Ogos, 2017.

Last modified: June 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *