Saksikan Treler Terbaharu reboot filem Pete’s Dragon!

286

Written by:

Treler terbaharu reboot Disney Pete’s Dragon kini hadir buat tatapan anda.

Sepertimana lazim filem-filem Disney yang pernah ditayangkan, treler ini menghadirkan nuansa magis dan dongeng moden. Dimulai dengan penemuan seorang budak lelaki di tengah hutan belantara yang kemudiannya berlanjutan dengan pengenalan penonton dengan seekor naga berbulu hijau bernama Elliot.

Sepanjang treler ini kita dapat melihat interaksi antara Pete dan Elliot berserta aksi sang naga itu ketika diburu oleh manusia. Tonton treler tersebut di bawah ini:

Dalam filem asalnya yang ditayangkan pada tahun 1977, ia menceritakan seorang budak lelaki bernama Pete yang melarikan diri dari keluar angkatnya yang kejam ke dalam hutan dan bertemu serta bersahabat dengan seekor naga (versi animasi) bernama Elliot. Mereka hidup bersama dengan seorang gadis bernama Nora dan ayahnya, Lampie sebelum diburu oleh seorang saintis bernama Dr. Terminus.

Filem yang juga sarat unsur musikal ini disutradarai oleh Don Chaffey (Jason and the Argonauts, One Million Years B.C) dengan Sean Marshall sebagai Pete, Helen Reddy sebagai Nora dan Mickey Rooney sebagai Lampie serta Jim Dale sebagai Dr. Terminus.

petes-dragon-1977

Pete’s Dragon akan berada di pawagam seluruh dunia ada 11 Ogos, 2016.

Last modified: June 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *