Teaser Treler sekuel Jack Reacher Hadir menerusi Entertainment Tonight!

380

Written by:

BukuFilemSemasa

Beliau kembali.

Tom Cruise kini muncul semula sebagai Jack Reacher dan Entertainment Tonight sebentar tadi telah mendedahkan babak-babak menarik dari treler filem terbaharu arahan Ed Zwick (Pawn Sacrifice, The Last Samurai) yang berjudul Jack Reacher: Never Go Back.

Paparan ini bukanlah treler penuh seperti yang diharapkan. Namun kami pasti ianya akan dilancarkan dalam masa beberapa hari yang akan datang dan tetap mengandungi babak-babak aksi menarik yang menyaksikan kehebatan Tom Cruise sebagai hero adaptasi novel tulisan Lee Child itu.

Paparan video dua minit di bawah ini juga menampilkan kehadiran Cobie Smulders (Avengers: Age of Ultron, How I Met Your Mother) sebagai Mejar Susan Turner sambil menyatakan:

He’s alone and he’s sort of in his element and then he couples up with me and all hell breaks loose. We’re on the run for this entire movie.

Jack Reacher: Never Go Back akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Oktober, 2016

Last modified: June 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *