Jadilah Batman dengan Batman: Arkham VR!

388

Written by:

Rocksteady Studio nampaknya tidak pernah puas lagi membangunkan permainan video Batman.

Apa tidaknya. Menjelang Oktober ini, mereka akan muncul dengan Batman: Arkham VR iaitu sebuah permainan video realiti maya baharu yang membolehkan anda menjadi Batman sendiri! Tidak banyak maklumat dan perincian yang diperolehi setakat ini.

Malah treler yang dilancarkan juga tidak mengandungi video gameplay tetapi butiran menerusi kenyataan media rasmi telah mendedahkan yang berikut:

“Batman: Arkham VR immerses you in the Dark Knight’s Universe and redefines what it means to Be the Batman. Experience Gotham City through the eyes of the World’s Greatest Detective in an all new Arkham mystery. Think like Batman. Utilise his legendary gadgets in Virtual Reality to unravel a plot that threatens the lives of Batman’s closest allies.”

Menarik, bukan? Walau bagaimanapun anda perlu menyediakan bajet sebanyak USD$400 (RM1,600) untuk mendapatkan sistem VR terbaharu PS4 untuk menikmati permainan video ini.

Perkembangan lanjut akan kami bawakan dari masa ke semasa.

Last modified: June 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *