Pengumuman Terkejut Spider-Man untuk PS4 di E3!

3027

Written by:

Anda minta dan kini Marvel telah berikannya!

Sebuah permainan video Spider-Man baharu yang dibangunkan Insomniac dengan jalan cerita yang baharu dan tulen akan hadir secara eksklusif menerusi platform PS4 tidak lama lagi.

575ee105bf8e6

“People see me and think they’re safer. But it’s not really me they’re seeing. Probably for the best, knowing everything hinges on a guy from Queens sounds as scary as it feels.”

Dalam satu pengumuman mengejut semasa persembahan Sony di acara E3 sebentar tadi, Marvel Entertainment dan Insomniac Games telah mendedahkan sebuah treler rasmi untuk judul Spider-Man baharu yang hanya akan datang secara eksklusif di PS4 pada tarikh yang belum disahkan lagi. Menurut sumber, ia tidak ada kaitan langsung dengan filem Spider-Man: Homecoming tahun hadapan kerana menjanjikan sesuatu yang cukup berbeza dari mana-mana permainan video Spider-Man yang pernah ada di pasaran sebelum ini.

Tonton treler rasmi permainan video Spider-Man untuk PS4 tersebut di sini:

Last modified: June 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *