Lihat Aksi Eksklusif Belakang Tabir Filem Assassin’s Creed!

314

Written by:

Sebuah klip belakang tabir dari filem adaptasi permainan video Assassin’s Creed telah dilancarkan oleh pihak 20th Century Fox dan Ubisoft hari ini.

Ianya bertepatan dengan berlangsungnya acara E3 (Electronic Entertainment Expo) 2016 di Los Angeles Convention Center. Ia menampilkan pengarah Justin Kurzel (Macbeth, Snowtown) dan teraju utama Michael Fassbender (X-Men: Apocalypse, Steve Jobs) termasuk paparan konsep dan jalan cerita kisah perjuangan yang wujud dalam filem ini.

Sepertimana lazim klip video di belakang tabir yang hadir sebelum ini, klip tersebut juga mendedahkan beberapa adegan baru yang belum ditampilkan dalam treler terdahulunya. Permainan video Assassin’s Creed terkenal dengan pelbagai adegan dan aksi yang sangat hebat dan kali ini peminat dapat melihat versi filemnya pula.

Menurut pengarah, berbagai aksi dan adegan tarung yang terdapat dalam filem Assassin’s Creed adalah berdasarkan gaya tarung yang terdapat dalam permainan videonya seperti yang dapat dilihat di bawah ini:

Assassin’s Creed mengisahkan Callum Lynch (Michael Fassbender) yang menjelajahi memori dari salasilahnya melalui sebuah alat memori genetik setelah dia mengetahui dirinya adalah berketurunan Assassin dengan gelaran Aguilar yang hidup pada abad ke-15 di kota Sepanyol. Lynch kemudiannya menyedari dirinya terjebak di antara konflik dua organisasi yang sudah aktif sejak berabad-abad lamanya: Organisasi pembunuh rahsia bernama Assassin dan organisasi bernama Templar.

13243748_904709262985575_2248473480099300768_o

Selain Michael Fassbender, bintang ternama lain yang turut terlibat dalam filem ini adalah Marion Cotillard (The Dark Knight Rises)Michael K. Williams (Captive), Ariane Labed (Happy Time Will Come Soon), Jeremy Irons (Batman v Superman: Dawn of Justice) dan Brendan Gleeson (In the Heart of the Sea).

Michael Fassbender merupakan teraju utama yang dipilih sendiri secara terus oleh pihak pembangun permainan video tersebut, Ubisoft.

film-set-assassin-s-creed-movie-set-for-december-2016-release-jpeg-215752

Ubisoft akan bekerjasama dengan New Regency serta 20th Century Fox untuk proses produksi dan edaran tayangan filem ini. Assassin’s Creed akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Disember, 2016.

Last modified: June 14, 2016

One Response to " Lihat Aksi Eksklusif Belakang Tabir Filem Assassin’s Creed! "

  1. Zakwan says:

    terbaik!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *