The Secret Life of Pets Hadir dengan Lima Klip Baharu!

423

Written by:

Illumination Entertainment dan Universal Pictures telah melancarkan klip-klip terbaharu dari filem The Secret Life of Pets, sebuah filem animasi unik yang menceritakan kehidupan sekumpulan binatang peliharaan setelah ditinggal oleh pemiliknya di rumah untuk urusan seharian.

Lima buah klip dengan masing-masing menceritakan babak dan adegan dalam filem tersebut, tidaklah hairanlah jika pihak studio sengaja mendedahkan barisan klip ini untuk memperkenalkan watak-watak yang bakal mencuit hati kita semua.

Tonton semua klip filem tersebut di bawah ini:

Film ini menceritakan tentang kisah binatang peliharaan bernama Max yang sangat disayangi oleh tuannya. Semuanya berubah sekelip mata apabila muncul seekor anjing jenis Bastar bernama Duke. Selain itu, kehadiran seekor arnab bernama Snowball juga ikut mewarnai jalan cerita filem ini. Snowball berniat membalas dendam dengan membentuk pasukan binatang peliharaan yang sakit hati untuk membalas dendam terhadapa bekas tuan mereka.

Antara bintang yang menyumbang suara untuk naskah ini dalah Lake Bell sebagai Chloe,  Ellie Kemper sebagai dari Katie,  Kevin Hart sebagai Snowball , Jenny Slate sebagai Gidget, Albert Brooks sebagai Tiberius, Louis C.K. sebagai Max, Eric Stonestreet sebagai Duke dan Bobby Moynihan sebagai Mel. Filem ini disutradarai oleh Chris Renaud (Despicable Me, Despicable Me 2) bersama dengan Yarrow Cheney berdasarkan skrip yang ditulis oleh Brian Lynch, Cinco Paul dan Ken Daurio.

Ini merupakan produksi dari studio yang menghasilkan filem-filem animasi yang cukup menghiburkan seperti Despicable Me, Despicable Me 2, Minions dan Hop

The Secret Life of Pets akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Julai, 2016.

Last modified: June 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *