Satu Lagi Musuh Lama Kembali dalam Transformers: The Last Knight!

269

Written by:

Pengarah Michael Bay tampak seperti mahu melebarkan lagi cengkamannya terhadap francais Transformers menerusi filem kelimanya, Transformers: The Last Knight.

Setelah menghadirkan kembali musuh abadi Optimus Prime iaitu Megatron, kini beliau telah ‘menghidupkan’ semula sebuah angkatan Decepticons yang bernama Barricade. Bagi yang masih ingat, Barricade kali pertama dan terkahir muncul dalam filem pertama Transformers pada tahun 2007.

Penampilan terbaharu Barricade yang masih mengambil rupa kereta peronda polis ini didedahkan oleh pelakon Josh Duhamel yang akan mengulangi peranannya sebagai Leftenan Kolonel William Lennox menerusi Transformers: The Last Knight. Dari foto tersebut, Barricade kelihatan lebih gahar dan moden dengan jata polis yang menjadi avatarnya. Sebelum ini, Michael Bay juga telah mengemaskini penampilan Bumblebee yang mendapat sentuhan khas dengan Chevy Camaro custom-built edisi 2016.

Lihat Twitter rasmi milik Josh Duhamel tentang pendedahan Barricade di bawah ini:

Filem Transformers: Age of Extinction berhasil meraih kutipan sebanyak USD$1.104 bilion seluruh dunia. Untuk saga selanjutnya setelah tayangan Transformers: The Last Knight adalah sebuah projek spin-off yang akan menghadirkan Bumblebee sebagai teraju utamanya pada tahun 2018. Setelah itu, pihak studio akan terus menggarap kembali filem keenam Transformers pada tahun 2019 pula.

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Jun, 2017.

Last modified: June 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *