EA Sasar Plan Induk Star Wars yang Lebih Besar!

307

Written by:

Untuk yang setia menjadi peminat Star Wars sejak dari dahulu hingga sekarang, bersedia untuk kejutan yang lebih besar.

Semasa persembahan E3 semalam, EA telah melancarkan sebuah video klip khas untuk kesemua perkembangan permainan video Star Wars yang sedang dalam proses pembangunan. Ini termasuk video prebiu awal, paparan lukisan seni konsep, aksi mo-cap dan banyak lagi.

EA sudah mula merancang untuk membina lebih banyak judul-judul permainan video berdasarkan francais sukaramai ciptaan George Lucas itu di bawah bumbung studio DICE, Motive, Visceral, Respawn dan BioWare.

Mereka juga memberi pembayang yang lebih lanjut menerusi video klip khas di bawah ini:

Ini pastinya merupakan satu perkembangan yang menarik tatkala kita menantikan hasilnya siap kelak. Yang muktamadnya, Star Wars Battlefront akan berada di pasaran menjelang 2017. Maka dengan itu nantikan pengumuman rasminya dari kami pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

 

Last modified: June 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *