The Rock Hadir sebagai Maui dalam Treler Sulung Moana!

356

Written by:

Walt Disney Animation Studios hari ini telah melancarkan treler perdana filem animasi terbaharu mereka, Moana.

Filem animasi yang melibatkan pelakon popular dan serba boleh, Dwayne ‘The Rock’ Johnson ini sarat dengan ciri-ciri trademark Disney termasuk atur muzik dan unsur jenakanya. Dalam treler perdana ini, kita dipertontonkan dengan bagaimana watak yang dipegang oleh ‘The Rock’ menceritakan sejarah dan legenda Maui kepada seorang gadis bernama Moana.

Nuansa ceria dan riang juga memenuhi segenap ruang treler perdana yang dapat ditonton di bawah ini:

Filem animasi Moana diumumkan buat kali pertama pada D23 Expo pada bulan Ogos, 2015 yang lalu. Dwayne Johnson yang sudah terlebih dahulu terpilih sebagai pelakon suaranya telah banyak membantu dalam publisiti dan promosi projek filem ini. Moana diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker, duo sutradara yang pernah mengarahkan filem-filem animasi blockbuster seperti Aladdin, The Princess and the Frog dan The Little Mermaid.

Selain itu, komposer muzik Lin-Manuel Miranda serta komposer pemenang Grammy iaitu Mark Mancina yang sebelum ini pernah terlibat dalam film Speed, Tarzan, The Lion King dipilih berganding bahu demi memantapkan lagi produksi.

moana-animacao-disney-the-rock-04

Moana bakal membawa kita kembali 3000 tahun yang lalu, ketika para pelaut handal dunia berlayar melintasi Lautan Pasifik Selatan yang luas untuk meneroka kepulauan di kawasan Oceania. Akan tetapi, tidak pernah ada yang tahu kesudahan pengembaraan serta khabar berita dari para pelaut tersebut. Moana kemudiannya tampil melanjutkan amanah tersebut demi menunaikan hasrat nenek moyangnya. Sepanjang perjalanan, Moana bertemu dengan manusia separa dewa, Maui. Mereka bersama-sama melintasi lautan luas dengan berbagai pengalaman dan penuh aksi melucukan.

Moana akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 November, 2016.

 

Last modified: June 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *