The Predator Akan Mula Produksi September Ini!

384

Written by:

Filem Predator yang terbaharu akan hadir pada tahun 2018 dengan Shane Black (Iron Man 3, Lethal Weapon) sebagai pengarahnya.

Dengan hanya berjudul The Predator, filem ini akan segera memasuki fasa produksi dan penggambran pada 26 September 2016 ini di Vancouver, Kanada dan dijangka selesai pada bulan Disember. Menurut laporan dari AvPGalaxy, sebahagian besar penggambaran akan dilakukan di situ, namun tidak menafikan kemungkinan untuk melakukan penggambaran di luar lokasi tersebut juga.

Shane-Black

Naskah skrip filem itu telah pun selesai ditulis tetapi butiran lanjut mengenai projek filem berkenaan belum banyak diketahui. Begitu juga tentang status filem ini sama ada ia adalah sebuah reboot, sekuel ataupun prekuel. Namun Shane Black menjanjikan sebuah filem yang sangat berbeza dan menghiburkan serta akan mempunyai kelainan berbanding filem-filem terdahulu. Pengarah tersebut sudah berusaha mengembangkan penulisan skrip dan jalan cerita filem ini sejak tahun 2014 setelah sekian lama mencuba untuk membangkitkan lagi francais Predator ini.

Dalam sesi wawancaranya bersama dengan The Thrillist, pengarah di atas ada menyatakan bahawa beliau akan menghasilkan filem ini kembali ke akarnya, sepertimana filem pertamanya dahulu.

Predator-predators-2010-movie-14721614-1200-800_0

The Predator akan berada di pawagam seluruh dunia pada 9 Febuari, 2018.

 

Last modified: June 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *