Lihat Aksi Tarung Ekstrem Superhero DC Comics dalam Injustice 2!

304

Written by:

Warner Bros. and NetherRealm hari ini telah mendedahkan treler gameplay sulung untuk Injustice 2.

Ini berlaku ketika pusingan Peringkat Akhir Liga Pro ESL Mortal Kombat (Musim-3) dengan memberikan peminat-peminat permainan video berunsur pertarungan sedikit prebiu apa yang bakal mereka bakal rasai menjelang pelancaran rasminya tahun hadapan.

Aksi Gameplay Injustice 2 akan mengesahkan kembalinya jaguh-jaguh tarung superhero seperti Batman, Aquaman dan Superman termasuk karakter baharu iaitu Supergirl, Black Manta, Atrocitus and Gorilla Grodd. Ini merupakan sekuel kepada Injustice: Gods Among Us yang keluar pada tahun 2013.

Tonton treler gameplay tersebut di bawah ini:

Injustice 2  akan berada di pasaran untuk platform PlayStation 4 and Xbox One pada tahun 2017.

Last modified: June 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *