Sentuhan Konsep Peminat Lebih Padu untuk Power Rangers!

687

Written by:

FilemSemasaTV

Biarpun ada di antara peminat masih berbelah bahagi untuk kostum terbaharu bagi remake filem Power Rangers, ramai telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak mempunyai unsur sama serta ikonik kostum asalnya pada tahun 1993.

Filem reboot yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu berkemungkinan besar mempunyai niat untuk menarik peminat dari kalangan generasi baharu. Namun untuk peminat setia yang mengikuti francais tersebut sejak sekian lama, sudah pasti mahukan sesuatu yang lebih dekat dengan hati mereka kerana mereka membesar dengan francais itu pada dekat 90an.

carlos-dattoli-rangers-todos

Memperkenalkan illustrator/pelukis konsep bernama Carlos Dattoli.

Baru-baru ini, beliau sendiri telah dengan sengaja membuat rekaan semula kostum keenam-enam Power Rangers tersebut supaya dekat dengan rekaan asal tahun 1993 dengan penambahbaikan yang lebih moden dan terkini (unsur getah spandex telah dinyahkan sama sekali).  Power Rangers Merah, Kuning, Biru, Merah Jambu dan Hitam termasuk lawan yang akhirnya menjadi kawan mereka – Power Rangers Hijau kini tampak lebih padu dan ampuh di mata peminat.

Nah! Lihat sendiri kehebatan hasil sentuhan beliau di bawah ini. Apa pendapat anda pula?

carlos-dattoli-power-rangers-todos-2

carlos-dattoli-power-rangers-escena-222

carlos-dattoli-green-ranger-poster-2 carlos-dattoli-black-ranger-poster carlos-dattoli-pink-ranger-poster carlos-dattoli-blue-ranger-poster carlos-dattoli-yellow-ranger-poster carlos-dattoli-red-rannger-poster

Remake filem Power Rangers akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Mac, 2017.

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *