Remake Ghostbusters Hadir dengan Poster Filem Internasional Terbaharu!

1205

Written by:

Poster internasional terbaharu untuk filem remake Ghostbusters hari ini telah dilancarkan.

Ia menampilkan empat ahli terbaru mereka yang terdiri daripada Melissa McCarthy, Kristen Wiig, Kate McKinnon dan Leslie Jones bersama dengan Chris Hemsworth. Lebih dari itu, kita jugak dapat menyaksikan kenderaan rasmi milik kumpulan pembasmi hantu dari New York ini iatu ECTO-1.

Apa pendapat anda tentang filem arahan Paul Feig (Spy, Bridesmaids) ini? Barisan pelakon asal filem ini dalam Ghostbusters (1984) dan Ghostbusters II (1989) iaitu Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson dan Annie Potts semuanya telah memberikan restu.

Kerana khabarnya, mereka semua dikhabarkan mempunyai babak-babak cameo setiap seorang.

CkgHSvXWYAAugdw

Ghostbusters akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Julai, 2016.

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *