Pengarah Doctor Strange Mengesahkan Kehadiran ke SDCC’16!

350

Written by:

Ini ada laporan terkini menjelang Sasn Diego Comic Con 2016 (SDCC’16).

Apabila studio 20th Century Fox menarik diri untuk hadir ke San Diego Comic Con tahun ini akibat khuatir akan masalah cetak rompak, peluang Warners Bros. dan Marvel tampak lebih cerah untuk menyinar.

Namun, sumber yang memaklumkan kepada kami sebentar tadi mengesahkan promosi untuk filem Suicide Squad akan lebih menggegar di konvensyen komik tersebut. Demi menambahkan lagi keterujaan para peminat, nampaknya Doctor Strange juga akan tampil memberikan saingan.

CkmUfOlVEAAaurq

The film’s director Scott Derrickson sent out the Tweet below, along with an image from the set that was taken back in March. Pengarah filem tersebut, Scott Derrickson (The Day the Earth Stood Still, Sinister, Deliver Us from Evil) telah memaparkan entri berikut menerusi Twiiter miliknya beserta dengan foto dari set penggambaran di atas:

Dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen dan Tilda Swinton, Doctor Strange akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 November, 2016. Manakala San Diego Comic Con 2016 akan bermula pada 20 hingga 24 Julai, 2016 ini.

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *