Mamat Khalid Kembali Setelah Rehat Setahun!

421

Written by:

Ini perkembangan terkini dari Tuan Pengarah Mamat Khalid.

Pengarah yang popular dengan filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock hari ini telah mendedahkan sesuatu yang menarik di laman Facebook rasmi milik beliau. Dengan hanya kapsyen mudah dan ringkas, pengarah tersebut jelas sedang merencanakan sesuatu untuk peminat setia beliau:

“.. setahun berehat. hari ni kembali ke set. i luvvvvv it!”

13415678_10154203556508468_5714633979420834406_o

Sumber: Facebook Rasmi Mamat Khalid

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sudah hampir setahun Mamat Khalid berehat dari sebarang aktiviti produksi dan penggambaran filem, televisyen dan penerbitan. Beliau sejak kebelakangan ini kelihatan banyak menghabiskan masa dan aktiviti di Sarang Art Hub kelolaan beliau di Tanjung Malim, Perak. Hari ini setelah tempoh tersebut, beliau nampaknya dengan secara sengaja mendedahkan sebuah foto belakang tabir yang jelas memaparkan proses penggambaran di set lokasi.

Dimaklum lagi, ini merupakan sebuah telemovie khas Hari Raya yang bakal kita tonton tidak lama lagi.

Belum ada pendedahan lanjut dan maklumat tentang judul serta plot cerita untuk telemovie tersebut. Kami akan bawakan perkembangan lanjut tentang laporan ini dari masa ke semasa.

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *