Misteri Tangan Merah C-3PO Bakal Terbongkar!

334

Written by:

Sehingga kini masih ramai lagi yang tertanya-tanya dan bertanya-tanya: Kenapa C-3PO mempunyai tangan kiri berwarna merah dalam Star Wars Episode VII: The Force Awakens? Adakah kerana dia adalah pengintip untuk The First Order bagi Kylo Ren dan Captain Phasma? Adakah dia mengidap penyakit besi karat yang kronik? Ataupun adakah C-3PO cemburu dengan kehebatan Iron Man memandangkan Lucasfim dan Marvel Studios kini di bawah satu bumbung (Disney) dan telah mengidolakannya?

Mungkin ya. Mungkin sama sekali tidak.

Namun semuanya bakal terjawab menerusi komik Star Wars: C-3PO (Journey to Star Wars: The Force Awakens) isu #1 yang bakal berada di pasaran pada hujung bulan hadapan. Ianya adalah hasil tulisan James Robinson dan lukisan Tony Harris dan kami yakin ia bukan sekadar cerita hilang tangan dan pasang tangan baru sahaja!

Di bawah adalah prebiu tiga muka surat untuk komik terbitan Marvel Comics tersebut:

Star-Wars-Special-C-3PO-cover-6bc74

Star-Wars-Special-C-3PO-Preview-1-c17d2

Star-Wars-Special-C-3PO-Preview-2-f1857

Star-Wars-Special-C-3PO-Preview-3-fb5d7

Last modified: February 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *