Old Man Logan kelihatan bersama Proffesor X di set Wolverine 3!

493

Written by:

Sesi penggambaran untuk filem Wolverine 3 kini sedang aktif berlangsung walaupun belum ada plot atau judul rasmi didedahkan lagi.

Namun begitu, ramai yang beranggapan bahawa kisah mutan asal program Weapon X ini merupakan adaptasi longgar (loose adaptation) dari komik Old Man Logan (2008-2009) hasil tulisan Mark Millar (Wanted, Kick-Ass, Kingsman: The Secret Service) dan lukisan oleh Steve McNiven (Civil War, Death of Wolverine). Malah ada juga yang membuat andaian X-23 dan Mr. Sinister juga akan turut membuat kemunculan. Apa pun, ini semua hanyalah khabar angin dan ramalan semata.

one-last-time-hugh-jackman-asks-fans-want-they-want-to-see-in-wolverine-3-531950

Kekal dengan Rating-R, Wolverine 3 dijangka bakal menjadi filem paling ganas dan gori pernah dihasilkan sepanjang francais tersebut diperkenalkan sejak X-Men (2000). Malah, Hugh Jackman turut membuat kenyataan ini merupakan penampilan beliau yang terakhir sebagai Wolverine. Dan untuk hari ini, banyak lagi foto-foto dari set lokasi filem arahan James Mangold (Knight and Day, 3:10 to Yuma) telah berjaya dirakam.

Kelihatan juga di sini adalah kelibat Patrick Stewart sebagai Proffesor X yang tampak lebih tua bersama Wolverine dalam satu adegan yang turut menampilkan watak kanak-kanak perempuan misteri.

Mungkinkah itu X-23, ‘anak dara sunti’ kepada Wolverine?

13445559_1197364916981625_7203725387563074305_n

13391433_1197365320314918_8925913958952105184_o

13416920_1197365483648235_5276224211107895016_o

13391376_1197365950314855_1940258794721395978_o

13350299_1197366360314814_1631077843618892560_o

13404005_1197365083648275_4129901185812311418_o

13416839_1197366520314798_2299128366661696335_o

13411677_1197365203648263_6390482385800413060_o

The Wolverine 3 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Mac, 2017.

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *