Joe Mad Tampil dalam Edisi Sulung Justice League: Rebirth!

458

Written by:

Joe Madureira merupakan antara artis komik berstatus bintang yang mula menyinar sejak dari era 90an lagi.

Disebabkan status bintang dan ternamanya itu, amat jarang untuk kita melihat karya komik beliau terbit secara kerap setiap bulan. Antara karya-karya beliau yang menjadi ‘kegilaan’ ramai adalah sudah tentunya Battle Chasers, The Ultimates 3, Avenging Spider-Man, Savage Wolverine, Inhumans dan banyak lagi.

d9785f41ffeb214346f6dad832fe6273

Savage-Wolverine-7-Picture-1

ultimates-3-5-cover

BC_Splash_450DPI_FINAL_ForREAL.0

Walau bagaimanapun, dari masa ke semasa beliau akan mendedahkan kejutan yang tidak kita jangka seperti penghasilan ilustrasi untuk edisi varian kulit muka hadapan untuk Justice League: Rebirth #1. Dan seperti lazimnya juga, ia amat menakjubkan!

Ilustrasi ini menampilkan Superman (pra-New 52 DC Comics), Batman dan Wonder Woman.

Tetapi sayangnya, beliau hanyak melukis untuk ilustrasi kulit hadapanya sahaja. Namun, usah terlalu berduka kerana ilustrasi dalaman juga bakal dihasilkan oleh Bryan Hitch (The Ultimates, JLA) yakni seorang lagi artis hebat yang pernah berkarya untuk Marvel, DC Comics dan Image.

Berikut adalah entri terkini dari Twitter rasmi milik Joe Madureira:

Last modified: June 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *