Lautan Luas dan Langit Biru Hadir bersama Poster Perdana Moana!

394

Written by:

Sebuah filem animasi terbaharu dari Disney berjudul Moana hari ini muncul dengan perkembangan terkini.

Pihak studio telah melancarkan sebuah poster rasmi filem tersebut yang dibintangi Dwayne ‘The Rock’ Johnson (Fast 8, Baywatch) dan Alan Tudyk (Zootopia, Rogue One: A Star Wars Story). Poster yang cukup menarik ini tampil dengan nuansa lautan yang berlatarbelakang langit biru. Kedua-dua watak utama juga dapat dilihat dalam poster yang mempunyai slogan “The Ocean is Calling” ini.

Pendedahan ini juga telah dikemaskini menerusi Twitter rasmi milik Dwayne Johnson:

Filem animasi Moana diumumkan buat kali pertama pada D23 Expo pada bulan Ogos, 2015 yang lalu. Dwayne Johnson yang sudah terlebih dahulu terpilih sebagai pelakon suaranya telah banyak membantu dalam publisiti dan promosi projek filem ini. Moana diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker, duo sutradara yang pernah mengarahkan filem-filem animasi blockbuster seperti Aladdin, The Princess and the Frog dan The Little Mermaid.

Selain itu, komposer muzik Lin-Manuel Miranda serta komposer pemenang Grammy iaitu Mark Mancina yang sebelum ini pernah terlibat dalam film Speed, Tarzan, The Lion King dipilih berganding bahu demi memantapkan lagi produksi.

Moana bakal membawa kita kembali 3000 tahun yang lalu, ketika para pelaut handal dunia berlayar melintasi Lautan Pasifik Selatan yang luas untuk meneroka kepulauan di kawasan Oceania. Akan tetapi, tidak pernah ada yang tahu kesudahan pengembaraan serta khabar berita dari para pelaut tersebut. Moana kemudiannya tampil melanjutkan amanah tersebut demi menunaikan hasrat nenek moyangnya. Sepanjang perjalanan, Moana bertemu dengan manusia separa dewa, Maui. Mereka bersama-sama melintasi lautan luas dengan berbagai pengalaman dan penuh aksi melucukan.

Moana-poster

Moana akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 November, 2016.

Last modified: June 9, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *