Treler Rasmi Injustice 2 Kini Sedia Ditonton!

346

Written by:

Semalam, kita telah didedahkan dengan sebuah poster promosi yang memaparkan pertarungan antara Batman dan The Flash.

Hari ini, akhirnya dengan secara rasmi kita dapat menonton treler rasmi permainan video Injustice 2 dan banyak lagi!

Tiada babak gameplay sebenar dipaparkan di sini namun video yang cukup sinematik dan indah ini telah memberikan kita gambaran awal bagaimana babak tempur antara Batman dan The Flash bakal berlaku kelak, termasuk babak yang memaparkan Superman, Supergirl dan Aquaman.

Dengan slogan¬†‘Every Battle Defines You’, permainan video ini belum mempunyai tarikh rasmi lagi. Namun, kami menjangkakan pengumuman rasmi akan dilakukan tidak lama lagi semasa acara E3 2016 pada minggu hadapan.

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *