Foto-foto Eksklusif dari Set Lokasi Sekuel Jack Reacher: Never Go Back!

331

Written by:

BukuFilemSemasa

Jack Reacher kini kembali.

Dengan penerimaan penonton yang cukup memberangsangkan serta kutipan box-office sebanyak USD$218 juta seluruh dunia untuk filem pertamanya pada tahun 2012, filem adaptasi novel itu kembali dalam sekuelnya, Jack Reacher: Never Go Back. Filem yang bakal ditayangkan pada Oktober ini, diarahkan oleh Ed Zwick (Blood Diamond, The Last Samurai).

1500x500

Daripada sumber foto yang kami terima dari majalah People, kita dapat melihat dua teraju utama iaitu Ton Cruise dan Cobie Smulders sedang beraksi di set lokasi penggambaran mereka di New Orleans. Tiada maklumat terperinci tentang filem ini dapat diperolehi setakat ini tetapi kami yakin ia adalah berdasarkan novel terbitan 2013 dengan nama dan plot yang sama hasil tulisan Lee Child sendiri.

Menurut pengarah yang pernah berkolaborasi bersama Tom Cruise 13 tahun lalu menerusi filem The Last Samurai itu:

I’ve never seen anybody more prepared both physically and mentally than Tom, He’s tireless and unbelievably focused. It’s a pretty boring job to be Tom’s stunt double, He did all of his own stunts. It’s almost a hallmark of what he does. He does every bit of it himself.

Berikut adalah dua foto eksklusif yang kami perolehi sebentar tadi:

tom-cruise-1-800

tom-cruise-1024

s-l1600 (2)

Jack Reacher: Never Go Back akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Oktober, 2016.

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *