Foto-foto Eksklusif dan Terbaharu dari Set Ghost in the Shell Menjelma!

310

Written by:

Ini ada laporan terkini dari set penggambaran filem aksi hidup Ghost in the Shell.

Sumber eksklusif dari Kotaku (menerusi hk01 dan Apple Daily) telah berjaya merakam dan mendedahkan beberapa foto dari set filem Ghost in the Shell yang sedang dala proses penggambaran prinsipan di kotaraya Hong Kong. Di sini, kita dapat lihat dengan jelas watak lakonan Scarlett Johansson sebagai Major Motoko Kusanagi dan juga Pilou Asbæk (Game of Thrones) sebagai Batou dengan gaya rambut flat-top yang cukup dikenali ramai peminat dan pengikut manga/anime ciptaan Masamune Shirow itu.

Kita juga dapat melihat babak-babak yang mengambil lokasi di satu kawasan pasar, yang sedikit sebanyak memberikan gaya visual yang terdapat dalam filem ini kelak.

w3khxr9vu3tic0bwusnr

jaezko8tklhwhpc6jgki

iblzjksz5wwompiowiby

kzoifshazsfnkv7hkpzt

hmbfmqpyxn2vazpdgjsk

pgnm5uuxlqvsusst4oer

nc159xcrcmrsld5upqgn

Berdasarkan siri sains fiksyen manga dan anime yag cukup popular pada tahun 1989 hingga kini, Ghost in the Shell mengisahkan ‘Major’ sebagai seorang anggota Operasi Khas separa manusia, separa cyborg yang mengetuai sepasukan skuad elit bernama Section 9. Berikrar untuk menjatuhkan kumpulan penjenayah dan ekstremis, Section 9 berhadapan dengan satu musuh yang mempunyai matlamat untuk menghancurkan teknologi siber milik Hanka Robotics. 

Filem arahan Rupert Sanders (Snow White and the Huntsman) ini juga turut menjalani penggambaran di Wellington, New Zealand.

Ghost-in-the-Shell

Ghost In The Shell akan berada di pawagam seluruh dunia pada 30 Mac, 2017.

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *