Thor: Ragnarok Sudah Punya Lokasi dan Tarikh Mula!

323

Written by:

Penggambaran prinsipal untuk filem keketiga pahlawan dewa dari Asgard, Thor: Ragnarok akan bermula tidak lama lagi.

Dengan beberapa maklumat yang telah diterima serta sebuah konsep seni untuk Hela iaitu musuh utama filem ini, proses penggambaran Thor: Ragnarok dilaporkan akan bermula pada 4 Julai, 2016. Ianya akan dilakukan di Village Roadshow Studios di daerah Gold Coast, Australia. Menurut berita yang bersumber dari The Advertiser, proses produksi filem ini direncana akan berlangsung hingga bulan Oktober tahun ini. Jadual produksi dijangka sangat ketat serta terdapat banyak babak yang sarat dengan kesan khas.

Lokasi-Shooting-Thor-Ragnarok

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang Thor: Ragnarok mungkin akan dipengaruhi jalan cerita kedua sebelum ini iaitu Thor: The Dark World. Ia dikatakan akan berpusat pada perjalanan Thor mencari senjata terhebat alam semesta untuk mencegah kehancuran dunia yang diramal dengan nama peristiwa Ragnarok. Dalam perjalanannya, Thor berjumpa dengan Hulk yang dipaksa untuk bertarung sebagai seorang pahlawan di sebuah planet. Pertarungan ala gladiator ini diselenggarakan oleh Grandmaster yang dilaporkan akan dilakonkan oleh Jeff Goldblum.

Jika ini benar, maka sedikit sebanyak ada pengaruh dan adaptasi dari siri komik Planet Hulk hasil tulisan Greg Park dan dilukis oleh Carlo Pagulayan serta Aaron Lopresti yang pernah diterbitkan Marvel pada tahun 2006 hingga 2007.

Hulk

Thor: Ragnarok akan berada di pawagam seluruh dunia pada 2 November, 2017.

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *