Filem Animasi Justice League Dark Bakal Hadir!

617

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Jauh sebelum tayangan filem Batman v Superman: Dawn of Justice lagi, pengarah Guillermo Del Toro telah memberi maklumat awal bahawa filem Justice League Dark akan diterbitkan pihak Warner Bros. dan DC Comics.

Hingga ke hari ini, khabar berita untuk filem tersebut memang tidak lagi berhembus tetapi nampaknya masih ada lagi harapan lain untuknya.

15

Sumber dari ComicBook.com telah menemui bukti yang The British Board of Film Classification telah melampirkan Bonus Features yang bakal disediakan menerusi Blu-Ray filem animasi Batman: The Killing Joke. Di dalam salah satu bonus tersebut tertulis “A Sneak Peak at Justice League Dark”. Menurut MovieWeb pula, segmen bonus tersebut akan berdurasi sepanjang 8 minit. Ini merupakan petunjuk besar bahawa Warner Bros. dan DC Comics sedang mempersiapkan filem animasi Justice League Dark dan bukan sekadar memberikan pengumuman menerusi Bonus Features tersebut.

s-l1600 (2)

Sebelum kita menyaksikan hadirnya Justice League Dark, satu filem animasi yang sudah pasti akan dapat kita tonton adalah Batman: The Killing Joke yang dibintangi oleh Mark Hamill dan Kevin Conroy. Ini adalah reunion kolaborasi mereka berdua setelah sekian lama berganding suara dan tenaga dalam Batman: The Animated Series sejak 1992. Mark Hamill sendiri sebelumnya sering menjadi pengisi suara The Joker dalam sejumlah projek seperti trilogi permainan video Arkham dan siri animasi televisyen Justice League. Manakala Kevin Conroy adalah pengisi suara Batman dalam permainan video Injustice: Gods Among Us dan DC Universe Online: Home Turf.

Ditulis oleh Alan Moore (Watchmen dan V for Vendetta) dan Brian Bolland (Batman: The Killing Joke), komik asalnya telah diterbitkan pada tahun 1988 dan sejak itu menjadi salah satu kisah Batman yang paling popular. Filem animasi Batman: The Killing Joke akan berada di pasaran pada 23 Julai, 2016. Namun menurut sumber yang kami terima, ia bakal ditayangkan untuk pertama kalinya di acara San Diego Comic-Con 2016 akan datang dan terus dipasarkan secara rasmi selepas itu.

batman-the-killing-joke-blu-ray

 

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *