Saksikan Perubahan J.J. Jameson Sebagai Pesuruhjaya Gordon dalam Justice League!

279

Written by:

Bagaimanakah harapan peminat dan penonton untuk Pesuruhjaya Gordon yang baharu dalam filem Batman dan Justice League nanti?

Mungkin kita akan membayangkan kelibat J.K Simmons sebagai seorang pegawai polis bandar Gotham separuh usia yang berpenampilan fizikal sederhana. Namun, nampaknya tanggapan itu bakal terhapus jika kita melihat usaha dan latihan yang dilakukan oleh pelakon tersebut sebagai persiapannya untuk menghayati watak Pesuruhjaya Jim Gordon di dalam filem Justice League tahun hadapan.

Pelakon pemenang Anugerah Academy ini yang juga pernah melakonkan watak J. Jonah Jameson dalam trilogi Spider-Man arahan Sam Raimi diihat giat berlatih di sebuah pusat kecergasan dengan bantuan seorang pelatih khas. Berusia 61 tahun, beliau tampak tidak seperti lelaki seusia dengannya.

Dari penampilannya di sini, beliau seperti sedang bersiap untuk berperanan sebagai seorang pelakon aksi atau superhero sahaja!

He’s making me look bad. #JKSimmons #AintPlayinNoGames

A photo posted by Aaron Williamson (@aaronvwilliamson) on

Saturday morning, 61 years old & making the young generation jealous. This is what dedication looks like. #JKSimmons

A photo posted by Aaron Williamson (@aaronvwilliamson) on


Filem Justice League: Part 1 juga akan dibintangi oleh Ben Affleck, Henry Cavill dan Gal Gadot sebagai superhero triniti DC Comics iaitu Batman, Superman dan Wonder Woman bersama dengan Jason Mamoa sebagai Aquaman, Ray Fisher sebagai Cyborg dan Ezra Miller sebagai The Flash. Selain itu, Amber Heard juga akan tampil sebagai Mera, kekasih/isteri kepada Aquaman serta kemunculan J.K. Simmons sendiri sebagai Pesuruhjaya Jim Gordon. Produksi dan penggambaran prinsipal telah pun bermula di kota London.

Justice League: Part 1 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017

Last modified: June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *