Superman Sah Akan Muncul dalam Supergirl Musim-2!

386

Written by:

KomikSemasaTV

Setelah berpindah dari CBS ke CW, Supergirl (Musim 2) akan lebih banyak dan lebihb berani dalam mengembangkan jalan ceritanya.

Sebelum ini, terdapat laporan wujud crossover secara besar-besaran untuk kesemua siri televisyen superhero CW yang kini sedang giat dirancang rapi. Pihak penerbit juga telah merencana untuk mempertemukan watak-watak dari The Flash, Arrow, The Legends of Tomorrow dan Supergirl.

Selain hal tersebut, ada satu khabar berita yang cukup menggembirakan mengenai hadirnya sepupu Kara/Supergirl. Ya, tidak lain dan tidak bukan, Kal-El/Superman.

Menurut berita yang bersumber dari Colliderini, pihak Warner Bros. dan CW telah menyatakan bahawa Superman akan ‘mengunjungi’ Kara di National City pada Musim Kedua nanti. Dan sumber ini juga mengatakan bahawa pihak studio telah memulakan pencarian pelakon yang akan memainkan peranan superhero asal Krypton itu.

Supergirl-Pic-3

Salah seorang penerbit  Supergirl , Andrew Kreisberg menyatakan bahawa Superman bakal muncul untuk beberapa episod awal untuk Musim Kedua:

“Greg (Berlanti), Ali (Adler) dan saya sendiri sangat teruja dan gembira dalam menyambut kehadiran Clark Kent dan Superman dalam Supergirl. Superman akan hadir dalam dua episoe awal pada musim terbaharu nanti dan saya sudah tidak sabar untuk melihat siapa yang akan mengenakan jubah merah kebanggaaan ramai itu.”

supergirl-superman-hand

Last modified: June 7, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *