Michael Bay Mendedahkan Bumblebee Wajah Baharu dalam Transformers 5!

358

Written by:

Sejak dari awal, Bumblee sentiasa menjadi kegemaran ramai dalam mana-mana francais Transfomers.

Sebab itu ia tidak menjadi satu kejutan apabila pihak studio dan produksi filem di Hasbro dan Paramount Pictures setuju untuk memberikannya filem solo menjelang tahun 2018. Beliau pastinya akan kembali untuk filem Transformers: The Last Knight tahun hadapan dan pengarah Michael Bay telah mendedahkan pandang pertama rupa bahatu Bublebbe secara rasmi menerusi laman Twitter: Dalam mod kereta, Camaro yang ditempah khas oleh General Motors.

Itu sahaja maklumat yang kami perolehi setakat ini. Namun, kami yakin akan memperolehi lebih banyak butiran dan perincian maklumat mengenainya dalam beberapa minggu yang mendatang.

Filem ini nanti akan menyaksikan kembalinya Mark Wahlberg sebagai Cade Yeager serta kemunculan watak dan pelakon baharu seperti Isabela Moner dan Jerrod Carmichael. Produksi untuk penggambaran prinsipal akan bermula 6 Jun ini dan terus ke lokasi-lokasi terpilih yang masih di rahsiakan ke seluruh dunia. Untuk jalan cerita dan skrip kali ini, ianya ditulis oleh Art Marcum (Iron Man), Matt Holloway dan Ken Nolan (Black Hawk Down).

Francais filem Transformers telah mengaut keuntungan sebanyak USD$3.7 bilion untuk tayangan seluruh dunia untuk keempat-empat filemnya dari tahun 2007 hingga 2014.

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Jun, 2017.

 

Last modified: June 6, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *