Muhammad Ali Meninggal Dunia pada Usia 74

763

Written by:

Muhammad Ali, peninju legenda yang digelar “The Greatest” dikalangan peminat dan merupakan antara atlet serta selebriti paling popular di muka bumi ini telah meninggal dunia sebentar tadi.

Beliau telah dimasukkan ke wad hospital sejak Khamis lalu kerana mengalami masalah respiratori. Setelah hampir 32 tahun berperang dengan penyakit saraf Parkinson, Muhammad Ali telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 74 tahun. Beliau telah menyandang Kejuaraan Heavyweight Tinju Dunia sebanyak tiga kali dan melalui banyak sejarah hidup yang penuh warna-warni selain profesionnya sebagai ahli tinju yang hebat itu.
Malah, beliau pernah diabadikan dalam naskah komik khas Superman vs Muhammad Ali (1978) keluaran DC COmics yang menyaksikan Muhammad Ali terpaksa menentang dan kemudiannya berpadu tenaga bersama Superman untuk melawan ancaman makhluk asing yang ingin menakluki bumi.
Ianya ditulis Dennis O’Neil dan dilukis oleh Neal Adams.
superman-vs-muhammad-ali
Lebih menakjubkan, Muhammad Ali juga pernah dilabel sebagai superhero sebenar oleh pemberita dan media seluruh dunia apabila berjaya membantu, memujuk dan menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri pada tahun 1981.
https://youtu.be/SV75aFzC1aQ
Tweet terkini di laman rasmi Muhammad Ali memaparkan foto peninju tersebut dengan kata:
“Muhammad Ali. 1942-2016.”

Last modified: June 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *