Odin Bakal Muncul dalam Transformers: The Last Knight!

929

Written by:

Beberapa hari sebelum produksi penggambaran sebenar bermula, Paramount Pictures hari ini telah mengumumkan bahawa pelakon Anugerah Academy, Sir Anthony Hopkins (Thor: Ragnarok, Noah, Hitchcock) telah bersetuju untuk menjadi salah satu teraju utama dalam Transformers: The Last Knight.

Maklumat lanjut masih belum lagi diperolehi setakat ini. Namun ada besar kemungkinan beliau akan memegang peranan sebagai watak manusia dan bukan sekadar menjadi latar suara untuk robot Autobots mahupun Decepticons.

Pengumuman rasmi telah pun dibuat menerusi Tweeter rasmi mereka di bawah ini:

Beliau akan diiringi pelakon bintang lain yang telah mengesahkan kemunculan mereka seperti Mark Wahlberg (Patriots Day), Josh Duhamel (11.22.63), Isabela Moner (100 Things To Do Before High School) dan Jerrod Carmichael (Neighbors 2: Soroity Rising). Michael Bay (13 Hours: The Secret Service Of Benghazi) sekali lagi akan mengarahkan francais filem milik Hasbro ini buat kali kelima serta skripnya ditulis oleh Art Marcum (Iron Man), Matt Holloway (Iron Man) dan Ken Nolan (Black Hawk Down).

transformers__the_last_knight_by_guillermotfmaster-da2y7cz

‘Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Jun, 2017

Last modified: June 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *