Judul Rasmi filem Justice league Didedahkan!

296

Written by:

Awal hari ini, ada khabar angin baharu bertiup kencang di internet tentang judul rasmi yang akan digunakan oleh Zack Snyder bagi filem Justice League: Part One tahun hadapan.

Menerusi sumber yang berpunca dari Heroic Hollywood, ada laporan yang mengatakan Warner Bros. and DC Comics  bakal mengubah dan mengumumkannya judul rasminya tidak lama lagi. Anatara yang disebut-sebut adalah Justice League: United, Justice League: Gods Among Us, Justice League: Angels and Demons dan Justice League: Gods Among Men.

Walaupun belum sah dan masih lagi khabar angin, para peminat terus berkeras untuk menyebarkan ke sosial media. Dan sebentar tadi, diberitakan bahawa laporan ini telah pun sampai ke pengetahuan Ketua Divisyen DC Films Warner Bros. , Geoff Johns. Beliau dengan secara rasmi telah mengemukakan kenyataan rasmi ini di Twitter bagi meleraikan sebarang kemusykilan dan keraguan peminat dengan tweet yang berikut: “The Justice League movie is called ‘Justice League'”.

Nampaknya pihak Warner Bros. and DC Comics mahu kekal ringkas dan minimalis bagi judul filem tersebut. Tiada sub-judul atau tambahan padanya. Apa pendapat anda pula?

2wr3ey8

Filem ini sekali lagi akan dibintangi oleh Herny Cavill sebagai Superman/Clark Kent, Ben Affleck sebagai Batman/Bruce Wayne, Gal Gadot sebagai Wonder Woman/Diana Prince, Jason Mamoa sebagai Aquaman/Arthur Curry, Ezra Miller sebagai The Flash/Barry Allen, Ray Fisher sebagai Cyborg/Victor Stone, Amy Adams sebagai Lois Lane, Amber Heard sebagai Mera, J.K. Simmons sebagai Pesuruhjaya James Gordon dan Willem Dafoe. Manakala, arahan juga tetap di bawah Zack Snyder dan masih skrip oleh Chris Terrio.
 Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 November, 2017.

 

Last modified: June 4, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *