Jack Gyllenhaal Bakal Beraksi dalam filem The Division!

299

Written by:

Pemaju permainan video ternama Ubisoft tampak mahu meneruskan legasi Assassin’s Creed yang kini telah diadaptasi ke format filem.

Mereka dikhabarkan telah mendirikan jabatan khas untuk menangani projek-projek adaptasi permainan video milik Ubisoft ke layar panggung wayang dengan nama Ubisoft Motion Pictures. Terbaru dari Ubisoft Motion Pictures adalah mengenai akan diadaptasi salah satu produk terkenal mereka iaitu The Division. Menurut Variety, Jack Gyllenhaal (Southpaw, Nightcrawler)akan menjadi bintang utama filem ini kelak. Selain itu, beliau dilaporkan juga bakal bertindak sebagai penerbit bersama. Pelakon ini juga pernah terbabit dalam film adaptasi permainan yang berjudul Prince of Persia sebelum ini.

The-Division-Gold-Disc

Selain The Division, pihak Ubisoft juga merencanakan beberapa judul lain untuk diangkat ke format filem. Antara lain adalah Splinter Cell yang dilapor akan dibintangi oleh Tom Hardy serta Ghost Recon yang akan diarahkan atau diterbitkan oleh Michael Bay. Selain itu, Far Cry dan Watch Dogs juga sedang rancak ditangani mereka.

Last modified: June 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *