Rick Famuyiwa Bakal Arahkan The Flash?

383

Written by:

Pada April lalu, peminat-peminat filem superhero DC Comics terkejut dengan pengunduran Seth Grahame-Smith untuk mengarahkan filem The Flash.

Hari ini, kita sudah dapat bernafas lega kerana menurut sumber laporan Deadline, pihak Warner Bros. Pictures sedang melakukan rundingan dengan pengarah Dope, Rick Famuyiwa. Beliau yang sebelum ini dikenali melalui karyanya menerusi The Wood dan Brown Sugar, bakal mendapat pembiayaan berskala besar untuk produksi filem seumpamanya. Sutradara ini juga banyak menuai pujian setelah karyanya di HBO berjudul Confirmation mendapat perhatian dari para juri Emmy Awards baru-baru ini.

7408204_0000

Sebelum ini, Seth Grahame-Smith dikhabarkan memilih untuk mengundurkan diri kerana perbezaan pandangan kreatif dan idea dengan pihak studio. Antara filem yang pernah mendapat sentuhan beliau adalah Pride and Prejudice and Zombies dan Abraham Lincoln: Vampire Hunter.

The Flash akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Mac, 2018.

ezramillerflashbvs2

Last modified: June 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *