Filem Solo Batman Akan Hadir dengan Cerita Baharu!

355

Written by:

Satu sumber berita baharu hadir untuk filem solo Batman yang bakal diarah dan dibintangi Ben Affleck.

Semasa melakukan kempen promosi dan jelajah filem untuk Batman v Superman: Dawn of Justice baru-baru ini, Ben Affleck telah memberikan sedikit gambaran mengenai filem solo Batman tersebut:

“Saya akan lakukannya dengan baik dan teliti. Dan apa yang mungkin saya lakukan adalah berdasarkan beberapa cara yang telah Zack (Snyder) lakukan dalam ‘Batman v Superman’ iaitu ‘meminjam’ beberapa rujukan dan sumber komik. Tetapi saya tetap mahu membuat cerita baharu kerana saya tidak mahu peminat menonton kisah yang pernah mereka baca sebelum ini.”

Selain berlakon dan mengarah, Ben Affleck juga bertindak sebagai penulis skrip. Sepertimana yang diberitakan sebelum ini, skrip filem tersebut telah pun siap dan sedang dalam penelitian penerbit dan eksekutif Warner Bros. Pictures. Menurut agen beliau dalam satu temuramah minggu lalu, naskah skrip yang dihasilkan Ben Affleck yang pernah menjulang Anugerah Akademi melalui Good Will Hunting dan Argo ternyata sangat hebat dan menakjubkan!

Screen-Shot-2016-01-20-at-09.46.17

Menurut para pengkritik dan pengulas film, penampilan Ben Affleck sebagai Batman/Bruce Wayne dianggap sebagai salah satu faktor ‘penyelamat’ dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice yang hebat diserang peminat dan penggemar francais komik dan filemnya sekali. Penampilan dingin dan sinikal Bruce Wayne yang dibawakan Aflleck dinilai amat memuaskan dan cukup memberangsangkan untuk imej Batman yang lebih senior berbanding Superman.

Sementara itu, produksi filem Jusice League: Part 1 telah bermula di kotaraya London. Ben Affleck akan sekali lagi bergabung dengan Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ray Fisher sebagai Cyborg dan Ezra Miller sebagai The Flash. Amber Heard juga akan tampil dalam filem ini sebagai Mera, isteri kepada Aquaman serta kemunculan J.K. Simmons yang akan beperanan sebagai Pesuruhjaya Gordon.

Batman V. Superman: Dawn Of Justice

Justice LeagueL Part 1 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 10 November, 2017. Manakala filem solo Batman dirancang untuk tayangan pada 2019.

Last modified: June 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *