Brie Larson Dinobat Calon Akhir untuk Captain Marvel!

627

Written by:

Marvel Studios dikhabarkan sedang melobi pelakon pemenang Anugerah Oscar, Brie Larson untuk memegang peranan sebagai Carol Danvers atau lebih dikenal sebagai Captain Marvel.

Menurut laporan Variety, beliau sedang proses perbincangan awal dengan wakil Marvel dan Disney. Jika ianya berjalan lancar maka Semesta Sinematik Marvel bakal mempunyai seorang superhero bertaraf Oscar. Kemampuan dan kredibiliti beliau sebagai pelakon berbakat besar tidak diragukan lagi dengan penghargaan Pelakon Wanita Terbaik semasa Anugerah Academy yang lalu sebagai buktinya. Selain Brie Larson, Natalie Dormer dan Emily Blunt juga dilaporkan telah menjadi pilihan pihak studio untuk memegang teraju utama filem ini.

Ini termasuk beberapa pelakon ternama lain seperti Abbie Cornish, Alice Eve, Amber Heard, Charlize Theron, Elizabeth Debicki, Jennifer Morrison, Jessica Chastain, Katee Sackhoff, Lily Rabe, Lyndsy Fonseca, Taylor Cole, Teresa Palmer, Yvonne Strahovski, Chloë Grace Moretz dan ramai lagi.

cmfc1

Hingga kini, masih belum ditentukan lagi siapakah pengarah dan pelakon lain yang akan mengisi kekosongan slot produksi ini. Penulis skrip Guardians of the Galaxy, Nicole Perlman dan penulis skrip Inside Out, Meg LeFauve telah hampir pasti menjadi penulis lakon layarnya. Malah ada juga khabar angin mengatakan sutradara yang sedang mengarah Thor: Ragnarok, Taika Waititi serta Ryan Coogler untuk Black Panther akan mengisi kerusi pengarah turut semakin tersebar.

Captain Marvel sebelum ini direncanakan untuk diperkenalkan menerusi filem Avengers: Age of Ultron, namun terpaksa dibatalkan. Pengarah Captain America: Civil War, Joe dan Anthony Russo pernah memberi bayangan bahawa Captain Marvel akan muncul dalam Avengers: Infinity War. 

31149844d8003f0905dbf86a6803b378

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Mac, 2019.

 

Last modified: June 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *