Mungkinkah Ini Spider-Man Yang Kita Cari?

236

Written by:

Ini ada satu pendedahan menarik.

Adakah dengan secara tidak sedar dan tidak langsung Ketua Editor Marvel, Axel Alonso telah mendedahkan sahsiah rupa diri terkini Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi kad bisnes baru beliau?

Andai dilihat dengan teliti, semua watak yang diperlihatkan (kecuali Black Widow) dan dikongsikan menerusi entri twitter terbaru beliau telah mengenakan kostum yang seragam dalam penampilan mereka dalam MCU. Lebih menarik apabila kostum Spider-Man tampak unik dan belum pernah diperagakan dalam mana-mana versi filem atau komik, sekaligus menguatkan spekulasi ia adalah penampakan eksklusif buat pertama kali versi Spider-Man lakonan Tom Holland dalam Captain America: Civil War kelak.

12516300_10153391024665222_2057968721_n

Malah dengan kapsyen: “Check out who’s on my new business card” ternyata cukup mengacahkan ramalan kami berdasarkan spekulasi dan ramalan di atas. Benar atau tidak teori ini, masih dibuka untuk perdebatan ramai. Apa pendapat anda semua?

Captain America: Civil War akan mula ditayangkan di pawagam pada 5 Mei, 2016

Last modified: February 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *