Justice League Action dan Ben 10 Nafas Baharu Bakal Muncul!

1331

Written by:

AnimasiKomikSemasaTV

Ini ada berita baik untuk peminat Justice League dan Ben 10 baharu dan lama!

Awal tahun ini, Warner Bros. Animation dan DC Comics telah mengumumkan siri animasi baharu berjudul Justice League Action (JLA) yang bakal disiarkan menerusi saluran Cartoon Network. Lebih menarik, Kevin Conroy yakni suara latar asal untuk wata Batman/Bruce Wayne menerusi Batman: The Animated Series pada era 1990an dan siri permainan video Arkham dan beberapa francais Batman yang lain akan kembali beraksi. Kali terakhir beliau meminjamkan suara beliau untuk siri animasi adalah Justice League Unlimited yang berakhir pada tahun 2006.

Sebagai kejutan lagi, Mark Hamill yang dikenali ramai memegang watak sebagai Luke Skywalker dalam filem-filem Star Wars dan suara latar Joker juga telah mengesahkan pembabitan beliau dalam JLA.

JLA_Poster_v3b1-2

Screen Shot 2016-06-01 at 2.53.17 PM

Meneruskan lagi inisiatif reboot dan revival yang semakin trending kini adalah siri animasi popular Ben 10. Ia dijangka bakal bersiaran pada hujung tahun ini dan sekali lagi diterajui oleh krew Man of Action. Sebelum ini, Ben 10 pernah ke udara dan mendapat sambutan hangat menerusi Ben 10: Alien Force, Ben 10: Ultimate Alien, Ben 10: Omniverse dan juga filem-filemnya seperti Ben 10: Secret Of The Omnitrix, Ben 10: Race Against Time dan Ben 10: Alien Swarm.

Maklumat lanjut dan berita terkini untuk kedua-dua siri animasi terbaharu di atas akan kami laporkan dari masa ke semasa.

Berikut adalah dua foto eksklusif dari sumber yang kami perolehi semasa berada di Persidangan Kre8tif 2016 yang berlangsung hari ini di Aloft, Kuala Lumpur Sentral sebentar tadi.

13319709_10153786178483720_6917918717990451101_n

13339619_10153786178433720_5107094307271711458_n

Last modified: June 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *