Logan Muncul Kembali dalam The Wolverine 3!

380

Written by:

Untuk makluman semua, filem The Wolverine 3 sudah memulakan proses penggambarannya baru-baru ini.

Meskipun dikawal dan dijaga begitu ketat, akhirnya kita tetap mendapat pendedahan foto-foto eksklusif dari set lokasi dengan penampilan Logan selaku teraju utama.  Berdasarkan bukti di bawah, dilihat Logan telah mengenakan gaya berjambang ala Wak Doyok dan tampak lebih tua!

hugh-jackman-beard-wolverine-3-set-photos-11

hugh-jackman-beard-wolverine-3-set-photos-03

hugh-jackman-beard-wolverine-3-set-photos-01

hugh-jackman-beard-wolverine-3-set-photos-12

Dengan judul sementara The Wolverine 3, filem ini akan disutradarai oleh James Mangold yang juga merupakan sutradara film The Wolverine sebelum ini. Aksi terakhir Hugh Jackman melakonkan watak Wolverine ini dalam mana-mana filem sejak X-Men (2000) ternyata telah menarik banyak perhatian.

Mangold dan Jackman sudah lama membuat persediaan untuk projek ini dan ingin penampilan terakhir sebagai Logan menjadi sebuah filem yang istimewa. Mereka ingin menyajikan yang terbaik untuk peminat-peminatnya. Filem ini kekal dibintangi oleh Hugh Jackman dengan Boyd Holbrook sebagai watak penjahat utama bersama Richard E Grant, Stephen Merchant, Elizabeth Rodriguez,  Eriq Lasalle serta kembalinya Patrick Stewart sebagai Profesor Xavier.

Proses penggamabaran filem ini telah dimulakan pada bulan Mei lalu dengan mengambil lokasi di New Orleans dan New Mexico.

s-l1600 (3)

Meskipun kisah dan plot cerita masih dirahsiakan, namun ramai mengatakan bahawa filem ini kelak menceritakan tentang Logan di masa tuanya. Di mana dasar cerita ini akan diambil dari rangkaian komik “Old Man Logan” yang ditulis oleh Mark Millar dan diilustrasikan oleh Steve McNiven. Dengan latarbelakang masa depan yang mana supervillain menguasai dunia dan hampir semua superhero telah mati, hanya Wolverine dan Emma Frost yang kekal hidup. Ianya diterbitkan Marvel menerusi komik Wolverine #66–72 dan berakhir dalam Wolverine Giant-Size Old Man Logan (2008-2009)

Last modified: June 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *