Lightning McQueen Dicabar Hebat dalam Cars 3!

599

Written by:

Sekuel seterusnya dalam trilogi Cars hari ini telah mendedahkan perkembangan terbaru.

Pihak Pixar dan Disney mendedahkan dua buah lakaran konsep untuk watak Lightning McQueen yang sedang berada di sirkit perlumbaan dan ditemani oleh sebuah kereta berwarna kuning.

Film ketiga tentang pengembaraan Lightning McQueen ini akan menghadirkan watak baharu yang bernama Cruz Ramirez. Watak ini tampil untuk membantu McQueen mengarungi perlumbaan yang semakin mencabar dan lebih sofistikated kerana bakal menghadapi pesaing yang jauh lebih muda dikenali sebagai Jackson Storm!

635998684668262893-cars3-concept-art-2015-10-07-beach-race-nklocek-001-2

635998682599351107-cars3-concept-art-2015-10-07-beach-race-nklocek-002

Film ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan di bawah arahan Brian Fee. Menurut beliau, inti cerita ini adalah mengenai bagaimana cara Lightning McQueen berhadapan dengan saingan perlumbaan kereta yang semakin moden dan menggunakan tekhnologi serba canggih. Watak Cruz Ramirez dihadirkan untuk membantu McQueen menghadapi masalah ini. Menurut pengarah ini lagi:

“Sebelum ini, McQueen bukanlah sebuah kereta lumba yang sudah tua. Namun kali ini jelas beliau adalah sebuah kereta paling ‘tua; di sirkit perlumbaan ini. Dengan hadirnya barisan kereta yang lebih ‘muda’ dan bertenaga, ramai sudah mula bertanya: Adakah Lightning McQueen akan bersara?”

Menurut laporan dari USA Today, hampir seluruh watak-watak dari filem pertama dan keduanya akan kembali dalam Cars 3. Namun begitu, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi tentang pelakon suara oleh pihak Disney dan Pixar kecuali Owen Wilson (McQueen), Larry the Cable Guy  (Mater), Bonnie Hunt (Sally Carrera) dan Cheech Marin (Ramone) yang sudah pasti akan membuat kemunculan.

toy-story-4-incredlbes-2-cars-3-posters

Cars 3 sedang dalam proses produksi akhir dengan beberapa pengembangan cerita yang masih berjalan dan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Jun, 2017.

 

 

Last modified: June 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *