The Rock Kini Rasmi sebagai Doc Savage!

399

Written by:

Jaguh WWE  yang kini semakin popular sebagai bintang Hollywood, Dwayne ‘The Rock’ Johnson seperti tidak mahu melepaskan segala kesempatan yang datang kepadanya.

The Rock nyata adalah selebriti tersibuk tahun ini. Beliau baharu sahaja selesai penggambaran filem Baywatch, kemudian dengan Kevin Hart dalam filem Central Intelligence dan kini sedang melakukan penggambaran filem Fast 8 sebagai Hobbs yang juga dikhabarkan akan mempunyai filem solo sendiri tidak lama lagi.

Tidak cukup dengan itu, Johnson juga akan terus memulakan penggambaran filem reboot Jumanji, sekuel San Andreas dan remake filem Big Trouble in Little China. Malah juga akan terlibat dalam filem Rampage dan Shazam!

Kesibukan jadual beliau tidak berhenti di situ. Pada hari beliau telah mengesahkan keterlibatannya dengan sebuah filem araha Shane Black (Iron Man 3, Predator, Lethal Weapon) yang berjudul Doc Savage. Beliau menyampaikan informasi tersebut melalui akaun Facebook peribadinya.

Doc Savage merupakan watak yang muncul tampil pertama kali menerusi Doc Savage Magazine #1 (Mac, 1933) hasil ciptaan Henry W. Ralston yang dibantu oleh Lester Dent sebagai penulis ceritanya. Kisah Doc Savage sangat menarik perhatian masyarakat pada era 1930an hingga 1940an.

Ia mempunyai alter ego bernama Clark Savage, Jr. yang berkerjaya sebagai seorang sarjana dan pengkaji dan merupakan korban penelitian untuk menciptakan manusia super. Doc Savage mempunyai kekuatan dan daya tahan tubuh yang melebihi manusia normal. Dengan memori yang sangat tajam, kepintaran super serta menguasai berbagai cabang ilmu bela diri, beliau juga ahli dalam ilmu ‘ghaib’ dan penyamaran.

doc-savage-cover

Last modified: May 31, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *