Stan Lee Bicara tentang Kemungkinan Gabungan Filem Marvel dan DC!

567

Written by:

Ini bermungkinan besar sebuah impian serta mimpi yang melampau dan terlampau.

Bagi peminat-peminat filem Marvel dan DC, jauh di sudut hati dan minda mereka pasti terdetik menyaksikan kesemua barisan superhero kegemaran mereka  ini tampil bersama dalam format filem. Kedua-duanya kini sedang sibuk dengan pembinaan dan konstruk semesta masing-masing yang semakin meniti puncak kejayaan.

Akan tetapi, apakah hal ini mungkin dan boleh  terjadi?

13260210_1308726535823516_8342773162440502003_n

Ketika berada di MegaCon baru-baru ini, Stan Lee yang diundang sebagai tetamu khas diajukan pertanyaan daripada penonton tentang kemungkinan berlakunya filem ‘Marvel vs DC. Beliau dengan tenang menjawab:

“Ya, ia akan menjadi sangat hebat. Kita telah membuat komik ‘Spider-Man vs Superman’ beberapa tahun lalu dengan ukuran besar yang terjual laris. Saya beri kemenangan buat Spider-Man menang. Saya fikir tidak akan wujud filem seperti itu bukan hanya kerana para peguam, pemegang saham studio dan segala kontrak-kontrak yang ada. Mereka tidak dapat mencari  siapa yang akan menguruskannya 100% dan nama siapa yang akan muncul terlebih dahulu… tapi jika mereka berhasil  melakukannya, saya rasa semua orang ingin menontonnya.”

s-l1600

Kedua-dua pemilik gergasi dunia komik ini memang telah menyita perhatian dunia sejak beberapa tahun ke belakangan ini filem: Iron Man (2008) muncul untuk membuka Marvel Cinematic Universe. Tidak mahu ketinggalan, DC Comics yang memiliki superhero hebat iaitu Superman kemudian muncul dengan film Man of Steel untuk membuka lembaran DC Extended Universe.

13254537_1308726595823510_1986064702477364903_n

Kedua-duanyanya hingga kini mengumpulkan sejumlah kutipan box office yang kerap menimbulkan perdebatan di kalangan fanboy.

Siapa yang lebih cemerlang terbaik: Marvel atau DC Comics?

Secara logik, filem gabungan Marvel dan DC Comics mungkin boleh dibuat demi meningkatkan lagi nilai saham dan aset kedua-dua gergasi ini yang mudah menarik penonton. Namun secara teknikal, naskah fielm ini pasti sukar untuk dilaksanakan secara objektif, kolektif dan seimbang kerana terdapat satu pertanyaan besar.

“Siapa yang akan menang?”

Last modified: May 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *