Luc Besson Hadir dengan Valerian and the City of a Thousand Planets!

305

Written by:

Sebuah karya terbaharu oleh pengarah Luc Besson (Lucy, Taken, The Transporter) bertemakan fiksyen sains yang berjudul Valerian and the City of a Thousand Planets kini giat menjalani proses penggambaran.

Pengarah asal Perancis yang cukup prolifik itu kerap mengemaskini perkembangan filem tersebut melalui akaun media sosial miliknya terutama melalui akaun Facebook peribadinya. Baru-baru ini, beliau telah mendedahkan beberapa set foto terkini dari lokasi penggambarannya.

13307317_1195511513826937_5756652172914337563_n

13177311_1184226384955450_1815442541615477499_n

13254307_1189041121140643_1968212662976602890_n

13178840_1182820185096070_8108388750023543350_n

13239006_1187760157935406_8223254499357424962_n

13179364_1182388931805862_6873718729505299936_n

13125027_1179886188722803_5893228533550316457_n

13091910_1175539342490821_5557903365865504643_n

Projek ini merupakan sebuah adaptasi komik terbitan Perancis yang berjudul Valérian and the City of a Thousand Planets karya Pierre Christin dan Jean-Claude Mezieres. Komik yang terbit pada tahun 1967 ini telah terjual lebih 10 juta naskah dan diterjemahkan ke dalam 21 bahasa seluruh dunia. Luc Besson akan mengarahkan filem ini berdasarkan adaptasi naskah yang ditulisnya sendiri dengan barisan pelakon yang diterajui Dane DeHaan (The Amazing Spider-Man 2, Metallica: Through the Never), Cara Delevingne (Suicide Squad, Paper Towns), Rihanna (Battleship), Ethan Hawke (Boyhood) dan Clive Owen (Children of Men).

A1g7X2rJx6L

Ia menceritakan tentang seorang agen penjelajah waktu bernama Valerian (Dane DeHaan) yang bertugas menjaga keseimbangan alam semesta bersama dengan seorang rakan, Laureline (Cara Delevingne). Mereka kemudiannya mendapat tugas dari komandan (Clive Owen) untuk menyelidiki suatu daerah yang bernama City of Alpha yang penuh dengan berbagai bangsa makhluk asing dengan kepelbagaian teknologi yang sangat maju.

Untuk makluman, komik Valérian and the City of a Thousand Planets merupakan sebuah komik bertemakan fiksyen berunsur ilmiah yang pernah terbit pertama kalinya di dalam majalah Piloté pada tahun 1967. Komik ini merupakan karya dari  Pierre Christin sebagai penulis dan Jean-Claude Mézières sebagai pelukis. Komik yang terbit dengan judul asli  Valérian et Laureline itu mempunyai latar belakang kisah pada abad ke-28. Malah, manusia telah menemukan cara untuk melakukan pengembaraan masa dan perjalanan ke angkasa lepas.

Valerian-preview

Valerian and the City of a Thousand Planets akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Julai, 2017.

 

Last modified: May 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *