Pencerahan Babak Pasca-Kredit X-Men: Apocalypse

503

Written by:

Bagi peminat dan fanatik filem-filem superhero terutamanya yang diadaptasi daripada Marvel Comics pasti sudah mengetahui peraturan senyap (unspoken rule) apabila filem selesai: Jangan berganjak ke mana-mana kerana akan ada babak bonus post-credit.

Adegan pendek yang berlangsung di tengah-tengah credit title atau sesudahnya itu merupakan satu babak penting yang ditunggu-tunggu. Ya, meskipun terdapat babak yang tidak terlalu penting namun masih ada yang tidak berganjak dari tempat duduk di pawagam. Kerana dengan mengetahui babak tersebut dapat menjadi petunjuk untuk sekuel filem yang selanjutnya.

*

*

*

*

*

yy63myb2n3zbt1akx4dt

*

*

*

*

*

Pada babak post-credit The Wolverine, kita dapat melihat bagaimana Logan bertemu kembali dengan Profesor X dan Magneto yang menjadi prelude menuju X-Men: Days of Future Past. Pada babak post-credit X-Men: Days of Future Past, muncul adegan En Sabah Nur/Apocalypse yang sedang mendirikan piramid dengan kekuatan dan kuasa mutasinya. Selain itu, kita dapat melihat kelibat keempat-empat Horsemen. Adegan tersebut merupakan kunci menuju X-Men: Apocalypse dimana ia berperanan sebagai watak antagonis utama.

X-Men: Apocalypse juga sudah tentu memiliki babak post-credit. Kejadiannya berlangsung setelah dunia sekali lagi berjaya diselamatkan oleh X-Men dari cengkaman Apocalypse. Dalam babak bonus tersebut, penonton diajak kembali ke fasiliti khas yang digunakan oleh Kolonel William Stryker untuk menahan Mystique, Beast dan Quicksilver. Tempat yang dikawal ketat tersebut juga adalah tempat berjalannya sebuah eksperimen di beri nama ‘Weapon X’ yang melibatkan Wolverine.

Post-Credit-Scene-X-Men-Apocalypse

Setelah Wolverine berjaya meloloskan diri dari lokasi itu. ada beberapa individu misteri muncul. Mereka mengambil sampel botor yang mengandungi cecair berwarna biru yang berlabel ‘Weapon X’. Kemudian, ianya memasukkan ke dalam sebuah bagasi khas yang di dalamnya terdapat sampel botol-botol lain yang memiliki warna berbeza. Ketika ia ditutup, di bahagian depan bagasi terdapat tulisan ‘Essex Corp’.

Ya, demikian babak post-credit filem tersebut. Sangat singkat namun memberikan tanda tanya baharu untuk sambungan francais yang X-Men berikutnya.

Bagi pembaca tegar komik X-Men, tulisan ‘Essex Corp’ jelas sangat penting. Kerana tulisan tersebut berkemungkinan besar adalah rujukan kepada watak Nathaniel Essex atau yang lebih terkenal dengan nama Mr. Sinister, musuh kental X-Men yang kerap muncul pada era 90an! Pada awalnya, beliau merupakan seorang ahli biologi Inggeris. Apocalypse merupakan watak yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi Mister Sinister. Perlu juga diberi perhatian bahawa beliau juga menjadi kunci lahirnya mutan yang bernama Cable, anak kepada Cyclops dan klon Jean Grey iaitu Madelyne Pryor.

370901

Oleh itu, apakah Mister Sinister akan muncul di filem X-Men atau mana-mana filem dalam X-Men Cinematic Universe yang lainnya? Kemungkinan itu tetap ada. Harus diingat, masih ada beberapa filem X-Men yang sedang dibangunkan oleh 20th Century Fox seperti Deadpool 2, Wolverine 3, New Mutants dan X-Force yang mana juga bakal melihat kemunculan sulung X-23.

Last modified: May 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *