Steven Spielberg Pilih Cyclops!

590

Written by:

Setelah lama mencari dan mencari dan selepas beribu-ribu calon ujibakat dari serata antero dunia, pengarah tersohohor Steven Spielberg akhirnya telah menemui teraju pelakon utama untuk projek filem beliau seterusnya, Ready Player One. Calon bertuah yang dipilih itu juga bakal menjadi popular dalam masa  beberapa bulan akan datang ini apabila filem komik yang dibintangi beliau bakal ditayangkan di pawagam.

TyeSheridan-Cyclops-X-Men-Apocalypse

Menurut sumber yang sahih, Tye Sheridan telah berjaya menambat hati penerbit dan pengarah ternama itu untuk memegang watak Wade Owen Watss, atau lebih dikenali dengan nama OASIS dalam filem adaptasi novel dengan nama sama yang akan memulakan penggambarannya hujung tahun ini.

Walaupun kerjaya beliau dalam dunia lakonan agak baru, Tye Sheridan teah menampakkan reputasinya sebagai seorang pelakon berpotensi serta berbakat besar yang amat ketara apabila telah menyinar dalam filem-filem lakonannya sebelum ini. Antaranya adalah seperti filem The Tree of Life bersama Brad Pitt arahan Terence Malick, filem Mud di samping Matthew McConaughey arahan Jeff Nichols dan filem Joe bersama Nicolas cage arahan Gordon Green.

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa beliau juga akan memegang watak Scott Summers/Cyclops dalam X-Men Apocalypse versi muda arahan Bryan Singer untuk tayangan 26 Mei, 2016.

Ready Player One adalah filem adaptasi novel terlaris tulisan Ernest Cline dan arahan Steven Spielberg. Ia akan menemui penonton di pawagam pada 30 Mac, 2018.

Last modified: February 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *