Putaran Plot Besar dalam isu penamat ‘Superman’ #52!

261

Written by:

Terlalu banyak fokus diberikan kepada DC Rebirth dan pengakuan Captain America sebagai angkatan Hydra, sehinggakan kita lupa satu lagi berita terbaharu yang menggemparkan riwayat hidup Superman.

Semalam, Captain America dengan secara senyap-senyap telah mengumumkan bahawa beliau merupakan agen perisik Hydra sejak dari kanak-kanak lagi. Manakala, Dr. Manhattan berkemungkinan besar adalah pencipta keseluruhan semesta DC Comics yang telah bersembunyi dan mendiamkan diri sejak sekian lama.

*

*

*

*

*
yy63myb2n3zbt1akx4dt

*

*

*

*

*

Maka, tidak hairanlah sekiranya ‘kematian’ Superman tidak mendapat perhatian sewajaranya daripada peminat.

Kematian beliau sudah pun dijangkakan sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi setelah menewaskan seorang penjahat yang memiliki kuasa solar matahari, sepanjang tahun didedahkan kepada persekitaran Apokolips dan mengembalikan kuasa sebenar beliau yang ‘dicuri’ dengan merendamkan diri di dalam lava Kryptonite nampaknya telah memakan diri Superman. Dalam isu Superman #52 yang baharu berada di pasaran, beliau akhirnya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya di dalam dakapan Wonder Wowan apabila keseluruhan tubuhnya itu melebur dari dalam!

s-l1600 (14)
mtmc7v8ujjeuu7woe7ue

pmxp5wkhym7m6rtysmbn

Teori besar yang sedang hangat tersebar sekarang adalah berkemungkinan besar Superman yang ‘mati’ ini (versi DC New 52) bukanlah versi Clark Kent/Kal-El/Superman yang tulen dan asal. Peminat meramalkan dalam masa terdekat ini, versi yang pernah kita kenali sejak kemunculan sulungnya pada tahun 1938 akan kembali dan membuat beberapa pendedahan yang bakal mengejutkan kita semua.

Ada yang berkata beliau masih berkahwin dengan Lois Lane dan telah mempunyai seorang anak bernama Christoper Kent!

s-l1600 (15)

tumblr_m9wdyavTPv1rrk64co1_500

Mungkinkah Christopher Kent yang dimaksudkan itu pernah muncul dalam ‘The Last Son of Krypton’ (Action Comics #844-846, #851, #866-870, Action Comics Annual #11) adalah waris dan anak kepada Clark Kent/Kal-El/Superman?

 

 

 

Last modified: May 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *